CIDB Holdings di bawah anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf KONTRAK di CIDB Holdings seperti berikut:
Penempatan | : HQ CIDB Holdings (Menara Dato Onn WTC KL) |
Jawatan | : Eksekutif |
Taraf Jawatan | : Kontrak |
Klasifikasi Kadar Gaji | : Bahagian Latihan & Kolaborasi : RM 2,400.00 – RM 9,500.00 |
SKOP TUGAS:
- Membuat “Research”/ Kajian organisasi releven untuk disuaipadankan dengan produk syarikat ;
- Mendapatkan slot temujanji atau pembentangan dengan rakan Kerjasama serta membuat susulan selanjutnya;
- Berkerjasama dengan team untuk merekabentuk dan membangunkan program/ proposal relevan dengan kehendak pemegang taruh;
- Membuat persediaan pembentangan, menghadiri dan membuat pembentangan dengan potensi rakan kerjasama;
- Membangunkan belajawan releven dengan aktiviti program/projek;
- Mengembleng sumber yang ada di dalam Syarikat dan juga menjadi pegawai yang dirujuk bagi program/projek;
- Mengekalkan perkhdimatan pelanggan yang baik termasuk menangani maklumbalas dengan pemegang taruh;
- Menyediakan pelaporan yang sesuai dengan kehendak stakeholder;
- Memainkan peranan yang aktif sebagai team player dan seorang yang pro aktif;
- Membuat pelaporan kepada Pengurusa Latihan mengenai perancangan, sasaran serta pelaksanaan program
- Mempunyai Lesen memandu dan kenderaan sendiri;
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik dan Bebas dari sebarang rekod jenayah
SYARAT PEMOHONAN & KELAYAKAN:
- Warganegara Malaysia berumur 30 – 35 tahun ke bawah;
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pengurusan atau setaraf dari institusi pengajian tinggi dalam / luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
- Lulus dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia;
- Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
- Mempunyai perwatakan menarik;
- Mempunyai pengalaman minima 5 tahun dalam pengurusan latihan kepada awam dan keutamaan pemegang sijil Training Need Analysis (TNA)
- Terbuka kepada individu LELAKI/PEREMPUAN.
CARA MEMOHON:
- Calon- calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat pemohonan berserta keterangan peribadi yang lengkap (Resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman selewat-lewatnya 15 Mac 2024 kepada:
Bahagian Sumber Manusia
CIDB Holdings Sdn Bhd
Tingkat 22, Menara Dato Onn
Putra World Trade Centre (PWTC)
No45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Email: hr@cidbh.com.my
- Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI:
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai Jabatan Sumber Manusia CIDBH seperti berikut:
- Nama : Nurul ‘Ain Binti Isham
No Tel : 03-40428880 ext: 124
Email : nurul@cidbh.com.my
- Nama : Encik T Muhammad Iqbal Bin T Idham S
No Tel : 03-40428880 ext: 102
Email : iqbal@cidbh.com.my