Training & Certification

Konvensyen Kontraktor

Nexgen Builders: Pembina Generasi Baru

Konvensyen Kontraktor 2026

JOM! Sertai kami di PICCA@ Butterworth Arena, Pulau Pinang dalam satu platform industri binaan yang penuh peluang!

Inilah masanya untuk anda berada di barisan hadapan industri, membina jaringan strategik dan merebut peluang perniagaan bernilai tinggi dalam satu platform eksklusif.

Sejak 2023, Konvensyen Kontraktor telah dianjurkan selama empat (4) tahun berturut-turut bersempena International Construction Week (ICW) dan terus menjadi salah satu acara utama yang menghimpunkan kontraktor, agensi pemilik projek, institusi kewangan serta pemegang taruh industri pembinaan dari seluruh negara.

Lebih daripada sekadar konvensyen—ini adalah platform engagement dan perkongsian peluang untuk semua pemain industri!

Antara Pengisian Utama

Yang Menanti Anda

Pendedahan terus kepada peluang projek strategik
Sesi roundtable interaktif bersama pemain industri utama
Perkongsian eksklusif daripada pakar dan pemimpin industri
Pendaftaran vendor secara langsung bagi projek pembinaan

 Fokus Utama Konvensyen

Memacu pertumbuhan industri pembinaan di Wilayah Utara
Membuka akses kepada projek mega dan berimpak tinggi
Menyokong agenda pembangunan lestari
Menghubungkan anda dengan peluang dan maklumat terkini industri
Literasi pemain industri dalam Pengurusan Kewangan

Objektif Utama Konvensyen

Kenapa Anda

Perlu Hadir?

Tahun 2026 membawa fokus baharu melalui tema “NexGen Builder: Pembina Generasi Baru”—memberi penekanan kepada kontraktor masa hadapan yang lebih kompetitif, inovatif dan mampan.

Kelainan Konvensyen Pulau Pinang

Buat pertama kalinya, penekanan khusus melalui format forum diberikan kepada Pengurusan Kewangan Kontraktor dalam industri. Disini beberapa barisan panel yang pakar dalam pengurusan dan produk sokongan kewangan akan dibincangkan melalui topik berikut

Literasi kewangan dalam keadaan ekonomi semasa
Strategi pengurusan kewangan syarikat kontraktor bagi memastikan kelestarian dan pertumbuhan perniagaan
Perkongsian praktikal daripada agensi dan pakar kewangan industri
Peluang pembiayaan dan sokongan kewangan daripada institusi utama industri

Pendekatan ini bertujuan untuk membantu kontraktor bukan sahaja mendapatkan projek, tetapi juga mengurus aliran tunai, risiko dan pertumbuhan perniagaan secara lebih mampan.

Apa Yang Anda

Akan Peroleh?

Sertai konvensyen ini dan nikmati manfaat eksklusif

Akses terus kepada maklumat projek bernilai tinggi
Pemahaman jelas mengenai dasar & insentif terkini
Jaringan strategik bersama pemain industri utama
Peluang positioning syarikat anda dalam ekosistem industri

Maklumat  Seminar

Rebut peluang anda untuk sertai platform berprestij bersama pakar dan pemimpin industri pembinaan negara

Mata CCD
25 CCD

Mata CPD
TBC

Harga
RM 195.00*
Tarikh
15 & 16 Julai 2026 (Rabu & Khamis)
Lokasi
PICCA Convention Centre @Butterworth, Pulau Pinang

Jangan Lepaskan Peluang

Ambil langkah ke hadapan dan jadi sebahagian daripada NEXGEN pembina industri Malaysia.

Jumpa anda di Konvensyen Kontraktor 2026 Pulau Pinang

* Harga termasuk 8% Termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
** Tertakluk kepada terma & syarat pembelian tiket