CERTIFICATE OF APPROVAL (COA)
CERTIFICATE OF APPROVAL (COA) / PERAKUAN PEMATUHAN STANDARD (PPS)
COA (Certificate Of Approval ) atau PPS (Perakuan Pematuhan Standard) bermaksud produk-produk yang berada di dalam Jadual Keempat CIDB (https://ccpm.cidb.gov.my/Details.aspx?id=3) , setiap pengimport atau pengilang tempatan mesti merujuk kepada garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh CIDB diwajibkan mendapatkan kelulusan COA/PPS)
Mana-mana pengimport atau pengilang tempatan yang melanggar mana-mana syarat seperti yang ditetapkan akan tertakluk kepada tindakan tatatertib CIDB.
Sila rujuk senarai kesalahan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 1 (https://ccpm.cidb.gov.my/Details.aspx?id=2018) untuk perhatian tuan/puan.
Sehubungan dengan itu, pengimport atau pengilang tempatan diingatkan supaya mematuhi segala peraturan serta syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dikenakan tindakan selanjutnya diambil di bawah Akta 520.