ACE 2.0: Berita Baik! Anda Kontraktor? Nak Tambah Ilmu Sebagai Usahawan Binaan?

Adakah anda Kontraktor Bumiputera Gred G1-G4 yang berdaftar dengan CIDB?

Apa itu Program ACE?

Accelerator Programme for Construction Entrepreneurs (Program ACE) 2.0 kini dibuka untuk pendaftaran!

Program ACE merupakan program latihan intensif dibawah tajaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama CIDB Malaysia. Sasaran program ACE adalah untuk melahirkan golongan kontraktor generasi baharu yang kompeten, berwawasan dan berdaya saing dalam industri.

Program ACE telah memanfaatkan 300 orang alumni yang terdiri daripada Kontraktor Gred G1 – G4 disepanjang penganjurannya pada 2022 – 2023. Program latihan peningkatan pengetahuan dan Kemahiran berstruktur ini merangkumi 6 Modul dalam 54 hari!. Antaranya:

  1. Modul Inspirasi Diri;
  2. Modul Pembangunan Usahawan;
  3. Modul Teknologi Pembinaan;
  4. Modul Penyeliaan & Pengurusan Projek;
  5. Modul Pensijilan Kompetensi Kemahiran dan
  6. Modul Pensijilan Pengurusan Kontraktor

Syarat Penyertaan?

Penyertaan adalah dibuka kepada golongan BUMIPUTERA untuk (2) DUA Kategori:

Kategori 1: Kontraktor Gred G1-G4 Kategori 2: Graduan TVET Pembinaan
Pemilik Syarikat Kontraktor Berdaftar dengan Gred G1 sehingga G4 dengan pensijilan SAH seperti berikut:

  1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK)
  2. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
  3. Sijil Taraf Bumiputera (STB)
  4. Sijil MCORE (Gred G1)
  5. Sijil SCORE minima 2 Bintang (Gred G2-G4)
  6. Kad Personnel Binaan (Kad eSICW/Kad Hijau)
Graduan lepasan TVET Pembinaan (Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda/ Sarjana) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia

  1. Tidak pernah berdaftar sebagai kontraktor atau dilantik sebagai Pemilik/Ahli Lembaga Pengarah di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  2. Tidak didaftarkan sebagai pegawai teknikal/ orang Yang Kompeten (OYK) di mana-mana syarikat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB
  3. Mempunyai Kad Personnel Binaan (Kad eSICW/Kad Hijau) yang SAH
Berumur diantara 25 – 40 tahun Berumur diantara 21 – 30 tahun
Tidak diisyhtiharkan bankrap (individu & Syarikat) Tidak diisyhtiharkan bankrap (individu & Syarikat)

Pengambilan

Permohonan penyertaan dibuka untuk ambilan Julai 2024 di Pusat Satelit terpilih.

Program ACE membentuk usahawan masa hadapan!

Daftar sekarang        : www.aceprogramme.my
Pertanyaan                : ace@cidb.gov.my
Hotline WhatsApp   : 013-615 3073

Pendaftaran telah dibuka, jangan lepaskan peluang anda, daftar sekarang!

More Posts

Share:

Konvensyen Kontraktor 2024

Bersempena dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Construction Week 2024 (ICW2024), sebuah konvensyen anjuran CIDB Malaysia akan diadakan khusus untuk membantu kontraktor

Subscribe to Our Newsletter