BELAJAR KEMAHIRAN BINAAN ATAS TALIAN SECARA PERCUMA – KETAHUI PORTAL PERTAMA TVET PEMBINAAN DI MALAYSIA

Penulis : Nurulain Hamzah

CIDB Holdings memperkenal inisiatif terkini iaitu STAR e-library bagi memperluas kaedah pengajaran dan pembelajaran Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan.

Portal ini mengandungi modul mengikut tred yang dibangunkan oleh tenaga pengajar berpengalaman serta mendapat kerjasama input pembelajaran daripada rakan industri pembinaan.

STAR e-library boleh digunakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2021 oleh semua warga tenaga pengajar serta pelatih ABM dan CIDB Technologies.

5 Fakta STAR e-Library)

01 Hanya tenaga pengajar dan pelatih ABM/ CIDB Tech yang telah berdaftar boleh akses portal secara PERCUMA!

02 Boleh diakses 24 Jam di mana sahaja melalui telefon / tab / komputer

03 Terdapat 30 Modul/ Tred lengkap dengan video, nota dan slaid pembelajaran yang terkini

04 Dilengkapi koleksi Data & Statistik Tahunan Latihan ABM & CIDB Tech

05 Portal pertama di Malaysia dibangunkan dibawah TVET Pembinaan

Jom layari untuk lebih lanjut https://star.elib.cidbhabm.com.my

More Posts

Share:

Konvensyen Kontraktor 2024

Bersempena dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai International Construction Week 2024 (ICW2024), sebuah konvensyen anjuran CIDB Malaysia akan diadakan khusus untuk membantu kontraktor

Subscribe to Our Newsletter