14 Jun 2021, Kuala Lumpur – Julung kalinya CIDBH menganjurkan kursus atas talian bagi program bertajuk Revolutionizing The Malaysian Construction Sector (IR 4.0) dibawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP). CIDBH merupakan salah satu pusat latihan yang dilantik sejak tahun 2014, untuk melaksanakan program dibawah MTCP dan sehingga Julai 2019, seramai 41 orang peserta dari lebih 24 buah negara telah dilatih oleh CIDBH.
Berbanding dengan tahun sebelumnya, untuk tahun 2021 ini, CIDBH pertama kalinya menganjurkan program MTCP diatas talian.Ini berikutan daripada Pandemik COVID -19 yang sedang melanda dunia. Sebanyak 3 sesi program telah ditawarkan ke 3 buah wilayah iaitu, Wilayah Asia, Wilayah Timur Tengah dan Wilayah Afrika.
Sesi pertama (Wilayah Asia) telah diadakan selama 5 hari iaitu pada 31 Mei – 4 Jun 2021 yang lepas dan telah menerima seramai 8 peserta dari 4 buah negara iaitu Cambodia, Indonesia, Philippines dan Vietnam. Pembukaan program MTCP dilaksanakan oleh Ketua Ekskeutif CIDB Malaysia iaitu Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid dan Pn Farah Fazarina Mohamad, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri Malaysia.
Melalui ucapannya Ybhg Datuk, beliau berharap walaupun program diadakan secara atas talian, peluang untuk bertemu dan membincangkan peluang kerjasama antara Malaysia dan negara yang terbabit masih terbuka dan agar peserta dapat manfaat di atas perkongsian di dalam program ini . Ini agar dapat meningkatkan hubungan diplomatik dua hala diantara Malaysia dan negara tersebut.
8 peserta ini didedahkan dengan perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik daripada penceramah dan pakar negara mengenai aspek – aspek terbaik dalam mengendali projek pembinaan dengan cara yang lebih efektif dan berkesan melalui komponen Digital Industri (IR 4.0) yang terkini antaranya penggunaan teknologi pembinaan seperti Building Information Modelling (BIM), Pembinaan Mampan, Big Data Analysis Sistem, Digital Twin Technology, Kepentingan Teknologi dan keselarian dengan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran dalam Industri Pembinaan, Pembinaan mampan melalui Industrialised Building System (IBS) dan penggunaan teknologi didalam memantau jadual pembinaan. Selain itu, perkongsian inisiatif CIDB dalam melaksanakan Pelan Strategik Pembinaan 4.0 (2021-2025) juga turut dikongsikan bersama peserta.
Para peserta juga berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik mereka didalam perancangan industri pembinaan di negara mereka sendiri. Inisiatif ini merupakan salah satu kaedah promosi, berkongsi kepakaran serta idea diantara Malaysia dan negara-negara yang terlibat.
Majlis Penutup yang ringkas telah diadakan pada hari terakhir kursus iaitu pada 4 Jun 2021 dengan ucapan dari Puan Herney Abd Ghafar, Pengurus Besar Bahagian Latihan Industri dan Kolaborasi CIDB Holdings Sdn Bhd dan turut dihadiri oleh wakil sekretariat MTCP Cik Nur Faizah Mohd Anuar, Bahagian Kerjasama Dan Pembangunan Antarabangsa, Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala Kementerian Luar Negeri.