POLISI ANTI-RASUAH

Polisi Anti-Rasuah

Pihak CIDB HOLDINGS komited untuk membasmi dan menghapuskan rasuah serta melaksanakan prosedur anti rasuah selain menerapkan pembelajaran anti rasuah dalam organisasi. CIDBH mengamalkan Toleransi Sifar terhadap amalan rasuah atau segala aktiviti berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa dalam melaksanakan kawal selia serta operasinya.

  • Mematuhi peraturan, pekeliling, dasar yang digariskan Kod Etika dalam memerangi rasuah.
  • Mempromosikan infrastruktur anti-rasuah melalui promosi dan arahan dalam semua urusan perniagaan dan urus niaga kepada semua pihak yang berkepentingan untuk menjaga kepentingan mereka.
  • Mempraktikkan pentadbiran yang baik dan mengekalkan integriti dalam apa sahaja urusan yang berlaku dengan penuh komitmen.
  • Memantau prestasi Sistem Pengurusan Anti Rasuah dengan menetapkan, mengkaji dan mencapai objektif anti rasuah yang ditetapkan.

Menggalakkan ketelusan dengan melaporkan sebarang aktiviti rasuah yang mencurigakan tanpa rasa takut akan pembalasan. Semua pemberi maklumat akan dilindungi Akta Perlindungan, seperti yang digaris dalam undang-undang.